
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam dan berkat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya juga lah maka lahirlah satu rekaan baru pakaian solat berjenama Al-Husni Collections.
Al-Husni collections, adalah merupakan sebuah syarikat yang telah didaftarkan di Malaysia dengan No. pendaftaran AS0318310-X.Ianya juga merupakan perniagaan yang dipelopori oleh 100% anak-anak Melayu beragama Islam malalui sub-kontrak kecil-kecilan.
Syarikat Al-Husni dimiliki oleh En. Mohd Azizuddin Aziz & isteri Najihah bt. Abu Kasim.berdaftar secara tunggal.Ianya banyak tertumpu kepada pembuatan telekung dan kain solat bercorak pelbagai warna yang menarik mengikut kesesuaian dan citarasa rakyat Malaysia.
Penampilan telekung rekaan Al-Husni kebanyakannya adalah hasil daripada penelitian pandangan dan pendapat sejumlah pengguna yang mahukan penampilan yang biasa tetapi bergaya dan kemas apabila menjadi tetamu Allah Azzawajalla.Selain daripada penampilan yang kemas, hati yang murni perlu bergantung kepada keikhlasan jiwa yang bersih daripada sifat2 yang keji.
SEJARAH REKAAN TELEKUNG AL-HUSNI’

Al-Husni adalah merupakan satu gabungan perkataan yang bermaksud "kebaikan" dengan harapan semoga kita bersama mendapat keberkatan daripada Allah sebagai hamba-Nya.
Ianya bermula daripada rekaan yang tidak pernah erti jemu daripada ibu saya Hjh. Aishah Bt. Hj. Sulaiman yang dikenali ramai sebagai “Makcik Aishah” yang menetap di Kg. Pondok Tanjung Bedil, Sg. Baru gunung, Alor Setar Kedah semenjak tahun 90-an lagi.dan kini hasil rekaan beliau telah ditokok tambah oleh saya dan isteri saya bagi memenuhi kehendak pasaran semasa.
“HARAPAN YANG TINGGI”
Semenjak 90-an , ia berkisar di sekitar kampung ke kampung, bergerak dalam kawasan ke kawasan dan Insyaallah akan terus kepelusuk setiap negeri di Malaysia melalui tindakan anda sebagai pengedar yang bijak dan ikhlas dalam mencari rezki yang halal dan diredhai Allah selalu..
No. 110, Tingkat 1,
Jln Sultanah Sambungan,
Taman Wira Mergong,
05350 Alor Setar
Kedah Darul Aman
HP : 012-454 1262
(En. Mohd Azizuddin Aziz)
al_husni98@yahoo.com